Penduduk lengkap berpakaian tradisional Sabah membaca Manifesto BN selepas pelancarannya sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di Kota Kinabalu, Sabah. Foto FAREEZ FADZIL, 22 NOVEMBER 2025.

KOTA KINABALU – Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 merangkumi semua lapisan masyarakat di negeri itu.

Dinamakan Rancangan Pembangunan Sabah Satu, enam teras utama yang ditawarkan benar-benar menyuntik semangat calon-calon BN yang bertanding pada pilihan raya negeri kali ini.

Tinjauan MalaysiaGazette kepada beberapa calon yang hadir mendapati rata-rata mereka gembira dengan penerangan manifesto ini.

 

Calon Barisan Nasional (BN) N.10 Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak selepas Pelancaran Manifesto BN sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di Kota Kinabalu, Sabah. Foto FAREEZ FADZIL, 22 NOVEMBER 2025.

Bagi Calon BN DUN N.10 Usukan, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, manifesto ini bersifat makro dan mikro.

“Kalau dari segi makro, Sabah sememangnya memerlukan pelabur asing untuk memajukan Sabah.

“Ini secara tidak langsung, ekonomi akan dijana lebih baik seiring dengan perkembangan mikro di mana peniaga-peniaga tempatan sama-sama mendapat manfaatnya,” katanya.

Tambahnya, tawaran BN bukan menjanjikan bulan dan bintang tetapi perkara yang boleh laksana.

“Manifesto ini bukan untuk puak-puak tertentu. Ini untuk orang Sabah normbor satu.

“Tiga perkara pokok yang mahu diselesaikan dan kita lihat dari sudut ekonomi, ada makro dan mikro. Makro kita mahu pelabur datang ke Sabah membuka peluang kepada orang sabah.

“Mikronya adalah kepada peniaga-peniaga tempatan yang dapat meluaskan lagi perniagaan,” katanya.

Calon Barisan Nasional (BN) N.33 Kuala Penyu, Datuk Awang Aslee Lakat selepas Pelancaran Manifesto BN sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di Kota Kinabalu, Sabah. Foto FAREEZ FADZIL, 22 NOVEMBER 2025.

Bagi calon BN DUN N.33 Kuala Penyu, Datuk Awang Aslee Lakat berkata, manifesto ini merupakan yang terbaik pernah dilakukan.

“Semua golongan tidak ketinggalan, kalaulah ia difahami oleh golongan setempat, tak mustahil BN akan menang.

“Masalah tiga serangkai seperti elektrik, air dan jalan adalah perkara asas yang perlu diberi penekanan dan ia ada di dalam manifesto ini.

“Kalau BN betul-betul dapat laksanakan menerusi manifesto ini, rakyat akan dapat menikamti perubahan ini,” katanya.

Katanya, rakyat Sabah harus memberi peluang kepada BN untuk memerintah di negeri ini.

Calon Barisan Nasional (BN) N.09 Tempasuk, Azuwan Marjan @ Norjan selepas Pelancaran Manifesto BN sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di Kota Kinabalu, Sabah. Foto FAREEZ FADZIL, 22 NOVEMBER 2025.

Dalam pada itu, Calon BN DUN N09 Tempasuk, Azuwan Marjan @ Norjan berkata, ini merupakan berita baik untuk anak muda,

“Sabah perlu satu anjakan paradigma di mana perlu struktur semula dengan merangkumi keseluruhan golongan.

“Ini adalah berita baik supaya rakyat memberi peluang kepada BN,” katanya.

Jelasnya, rakyat perlu yakin dengan BN kerana mempunyai rekod yang baik.

Calon Barisan Nasional (BN) N.13 Pintasan, Tadzul Radim
selepas Pelancaran Manifesto BN sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di Kota Kinabalu, Sabah. Foto FAREEZ FADZIL, 22 NOVEMBER 2025.

Sementara itu, Calon BN DUN N.08 Pintasan, Tadzul Radim berkata, BN telah membentangkan satu manifesto yang menyeluruh dari segi pendidikan, perumahan rakyat, infrastruktur dn kjuga eonomi.

“Banyak lagi tawaran termasuk autonomi yang mana ia adalah kehendak orang Sabah.

“Ini cukup baik dan realisitik. Percayalah kalau BN mendapat mandat, perkara ini akan dijalankan dalam tempoh lima tahun iaitu satu penggal.

“Slogan ‘Bikin Balik Sabah bukan sesuatu yang baru tetapi saya anggap menyelesaikan tugas yang tergendala,” katanya.

Jelasnya, menerusi manifesto ini, dilihat sebahagiannya dapat dilaksanakan sebaik-baiknya.

“Jadikan Sabah ini sebuah negeri yang maju dengan peruntukan terbesar,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast