Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei. Foto FB BAM.

KUALA LUMPUR – Beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terus mengekalkan prestasi terbaik apabila mara ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Australia di Sydney, Australia esok.

Pada separuh akhir hari ini, gandingan nombor dunia itu melakar kemenangan straight set ke atas beregu Thailand, Pakkapon Teeraratsakul-Sapsiree Taerattanachai  21-16, 21-14 dalam masa 50 minit.

Kemenangan itu menyaksikan pertemuan pertama Tang Jie-Ee Wei dengan beregu negara jiran itu yang menghuni ranking ke-65 dunia selain menjadi wakil tunggal Malaysia pada perlawanan akhir.

Ia kerana malang menimpa beregu lelaki nombor dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani apabila menjadi mangsa kejutan beregu muda Indonesia, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin 21-15, 21-15 dalam masa 41 minit.

Pada perlawanan akhir, juara dunia itu bakal berdepan wakil Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu yang menghuni ranking No. 11 dunia.

Jika berjaya menjuarai Terbuka Australia, kemenangan tersebut merupakan gelaran sulung Tang Jie-Ee Wei pada Kejohanan Jelajah Dunia bagi musim 2025. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast