Foto: APM Perlis

KANGAR – Hampir 400 mangsa terkandas di Wang Kelian dekat Padang Besar, selepas berlaku runtuhan tanah di Jalan Wang Kelian, sekitar 1 tengah hari tadi berikutan hujan berterusan sejak awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, ACP Mohd Shokri Abdullah berkata, mereka terdiri daripada 300 rakyat Malaysia yang pulang dari Thailand melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian dan selebihnya penduduk setempat yang terjejas banjir.

Mohd Shokri berkata, mereka kini ditempatkan di Masjid Nurul Husna, Wang Kelian.

“Keadaan mereka selamat di masjid ini sebab kawasan situ agak tinggi. Pihak polis bersama agensi lain seperti bomba, APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) dan JKR (Jabatan Kerja Raya) berada di sana bagi membuat pemantauan dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Mohd Shokri berkata, setakat malam ini laluan di jalan berkenaan masih belum dibuka kerana bimbang berlaku pergerakan tanah memandangkan keadaan masih hujan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast