Tangkap layar daripada video kelibat harimau belang di Jerantut pada 18 November lepas

KUANTAN – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia sudah memasang perangkap sedang berusaha menangkap harimau belang yang berkeliaran di sekitar Hulu Tembeling, Jerantut sejak seminggu lepas.

Bagi memastikan keselamatan penduduk, pihaknya juga melaksanakan pemantauan berterusan melalui rondaan berkala, pemasangan kamera perangkap bagi mendapatkan maklumat pergerakan serta keadaan kesihatan harimau.

Menurutnya, kelibat haiwan itu yang sempat dirakam menerusi dua klip video tular semalam dan 18 November lepas dipercayai ‘pak belang’ yang sama.

“Jabatan sedang berusaha menangkap harimau tersebut berikutan kekerapan ia berada di sekitar ladang dan perkampungan sehingga menimbulkan kegusaran penduduk,” katanya.

Dalam pada itu, Perhilitan menasihatkan penduduk setempat  agar mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengelakkan aktiviti pada waktu malam di kawasan kebun atau laluan hutan sehingga ia berjaya ditangkap.

Penduduk juga disaran melaporkan segera kepada Perhilitan sekiranya terlihat kelibat harimau atau menemui sebarang kesan baru. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Lelaki cemas terserempak ‘pak belang’ di Kampung Bantal

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast