Foto: BAM

KUALA LUMPUR- Beregu campuran utama negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengesahkan kejuaraan kedua musim ini selepas muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka Australia 2025 di Sydney hari ini.

Pada aksi final kejohanan Super 500 yang berlangsung di Quaycentre, Olympic Boulevard itu, juara dunia dan pilihan utama itu meneruskan dominasi untuk mengecewakan pilihan kedua dari Indonesia Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu 21-16, 21-11 dalam tempoh 42 minit.

Kejayaan itu melebarkan rekod bersih lima kemenangan Tang Ji-Ee Wei ke atas gandingan ranking ke-11 dunia berkenaan.

Ia juga adalah pentas final ketiga Tang Jie-Ee Wei musim ini selepas muncul juara dunia pada Ogos lepas.

Kemenangan itu membolehkan kedua-dua mereka membawa pulang hadiah wang tunai AS$37,525 (kira-kira RM155,835). – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast