Anggota bomba mengeluarkan mangsa kemalangan di di Jalan Ayer Baloi-Bukit Batu, Pontian hari ini

PONTIAN – Seorang wakil insurans maut selepas kereta dipandu hilang kawalan dan masuk dalam Parit di Kilometer 3.3 Jalan Ayer Baloi-Bukit Batu di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohamad Shofee Tayib berkata, kemalangan tersebut berlaku pukul 3.22 pagi melibatkan kereta Honda Civic dipandu Mohd Aqil Naim Mohamad Tahar yang berusia 33 tahun.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa kereta mangsa bergerak dari Parit Panjang menuju ke Ayer Baloi.

“Apabila tiba di tempat kejadian kereta tersebut dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas ke parit sebelah kanan jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, akibat dari kemalangan tersebut, mngsa yang beralamat di Jalan Murni 5, Taman Murni, Benut di sini mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan telah disahkan maut di tempat kejadian.

Beliau memberitahu, kes berkenaan siasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Pegawai Bomba Kanan I Abdullah Sani Md Jani berkata, kejadian berlaku bersebelahan Masjid Kampung Parit Panjang sebelum tujuh anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

“Mereka dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera Fire Response Vehicle (FRV) sebelum bertindak mengeluarkan mangsa dari dalam parit,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya , mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast