MELAKA – Hospital Melaka menerima satu surat penghargaan daripada seorang pesakitnya semalam yang menyifatkan mutu perkhidmatan di hospital berusia hampir 100 tahun tidak kurang hebatnya berbanding hospital swasta.
Surat bertarikh 25 November itu ditulis pesakit bernama Ahmad Rafiq menyentuh perkhidmatan diberikan pasukan perubatan dan kejururawatan di Wad A1 kerana layanan yang penuh empati, mesra serta profesional sepanjang tempoh rawatannya.
“Saya berasa sebahagian daripada proses membuat keputusan dan setiap pertanyaan saya dijawab dengan penuh jelas serta kesabaran, malah layanan mereka jauh lebih baik daripada apa yang saya jangkakan.
“Meskipun fasiliti hospital boleh dipertingkatkan, perkhidmatan mereka tidak kurang hebatnya berbanding hospital-hospital terkemuka swasta dalam memastikan pesakit mendapat rawatan terbaik setiap masa.
“Saya juga amat terkesan dengan penghormatan yang diberikan kepada pesakit warga emas di tingkat tersebut tanpa
mengíra keadaan mereka,” katanya menerusi surat dikongsikan dan dimuat naik di Facebook (FB) Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.

Lebih bermakna, surat itu turut dialamatkan terus kepada Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Suriani Ahmad; Pengarah Hospital Melaka, Dr Shahrum Arshad; Timbalan Pengarah, Dr Sharifah Omar; serta seluruh pengurusan tertinggi hospital.
Ahmad Rafiq berkata, kakitangan kejururawatan sentlasa menunjukkan layanan yang profesional dan penuh
hormat setiap harl, termasuk petugas makmal, penghantar makanan, sukarelawan dan kakitangan pembersihan yang
sentiasa bertanya khabar dan menunjukkan perhatian terhadap kesihatannya.
“Mereka semua, walaupun bekerja syif selama 12 jam, tetap menunjukan dedikasl yang tinggi terhadap tugas mereka dan komuniti.
“Walaupun dunia hari ini dipenuhl berita negatif mengenal sistem perubatan, saya ingin menegaskan bahawa kakitangan Hospital Melaka, khususnya Wad A1, menunjukkan bahawa kaikhlasan dan dedikasi mereka tidak ternilai harganya,” tulisnya lagi.
Ahmad Rafiq menyifatkan seluruh kakitangan yang ditemuinya sebagai aset komuniti yang tidak ternilai, dan berharap penghargaan itu menjadi penyuntik semangat kepada warga Hospital Melaka dan semoga usaha dan jasa baik mereka sentlasa diberkati.
Hospital Melaka yang kini berusia 91 tahun adalah antara hospital tertua negara dibina pada awal 1930an dengan kos binaan dari Straits Settlement berjumlah $2.5 juta dan telah dirasmikan oleh Sir Cecil Clementi, Gabenor Negeri-negeri Selat pada 12 Februari 1934. – MalaysiaGazette
















