Lokasi kejadian seorang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang besar bersebelahan kawasan tadahan air di Taman Bidara Permai, Alor Gajah, Melaka petang tadi. - Gambar Ihsan Bomba Melaka

ALOR GAJAH – Seorang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang besar bersebelahan kawasan tadahan air di Taman Bidara Permai, di sini petang tadi.

Menurut maklumat awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah menerima panggilan kecemasan pada jam 5.47 petang sebelum sebuah jentera bergegas ke lokasi kurang dua minit kemudian.

Lokasi kejadian seorang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang besar bersebelahan kawasan tadahan air di Taman Bidara Permai, Alor Gajah, Melaka petang tadi. – Gambar Ihsan Bomba Melaka

Ketua Zon 2 JBPM Melaka, Penguasa Bomba Tc. Zulkhairani Ramli berkata, setibanya di lokasi, pasukan penyelamat dimaklumkan oleh orang awam mangsa telah terjatuh ke dalam longkang akibat arus deras susulan hujan lebat.

Lokasi kejadian seorang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia 10 tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam longkang besar bersebelahan kawasan tadahan air di Taman Bidara Permai, Alor Gajah, Melaka petang tadi. – Gambar Ihsan Bomba Melaka

“Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Zaidi Kadiron yang mengetuai usaha pencarian turut dibantu pasukan Penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Masjid Tanah dan Melaka Tengah.

“Kerja-kerja pencarian masih diteruskan setakat jam 8 malam ini dan operasi belum ditamatkan,” katanya.

Operasi melibatkan seramai 13 anggota dengan penggunaan beberapa aset bomba. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast