The floods revealed an uncomfortable truth that Malaysia is entering a new climate reality driven by environmental degradation, urbanisation and underinvestment in infrastructure.

KUANTAN – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang mengesahkan rakaman video tular yang memaparkan seorang pelajar meredah air banjir untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Lipis baru-baru ini.

Katanya, pelajar itu kini ditempatkan di asrama SMK Kuala Lanar dan berada dalam keadaan selamat serta bersedia untuk menduduki peperiksaan bersama sama calon lain.

JPN Pahang memaklumkan bahawa ketika kejadian, laluan keluar dari rumah pelajar terbabit dinaiki air dengan cepat menyebabkan mangsa terpaksa meredah air sebelum sempat dibawa ke asrama sekolah pada hari Sabtu lepas.

“JPN Pahang dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), dengan kerjasama sekolah-sekolah menengah berasrama di sekitar daerah Lipis telah menyediakan pelan kontigensi awal dengan mengenal pasti bilangan murid yang tinggal di kawasan berisiko banjir dan menyediakan kemudahan asrama kepada semua murid yang berada di kawasan tersebut walaupun mereka tidak tinggal di asrama.

“Langkah ini diambil dengan tujuan memastikan semua calon dapat menduduki peperiksaan SPM tanpa sebarang kesulitan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, pihak PPD dan sekolah-sekolah sentiasa memantau serta memastikan keperluan dan keselamatan calon untuk menduduki peperiksaan dengan sejahtera menjadi keutamaan pada musim tengkujuh ini.

Terdahulu, tular klip video berdurasi 53 saat di aplikasi Tiktok oleh pengendali bernama ‘Yusoff’ memaparkan dua individu mengharungi banjir dengan menolak sebuah tong hitam untuk diletakkan beg dipercayai untuk ke sekolah bagi menduduki SPM. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast