MELAKA – Aksi perbuatan tidak sopan pasangan kekasih yang masih belajar di khalayak ramai di Banda Hilir terbantut apabila dikenakan saman oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Kejadian berlaku ketika rondaan rutin anggota JAIM yang mendapati kedua-dua pelajar dianggarkan berusia belasan tahun dan tidak mempunyai ikatan sah itu berkelakuan mencurigakan sehingga menimbulkan syak.
Bahagian Penguat Kuasa JAIM berkata, tindakan segera diambil bagi mengelakkan perbuatan tidak bermoral itu dilakukan secara terbuka, khususnya di kawasan tumpuan pelancong.
“Hasil tinjauan mendapati, pasangan kekasih berkenaan yang masih belajar berkelakuan tidak sopan di khalayak
ramai sehingga mendatangkan syak.
“Kedua-dua mereka kemudian dikenakan saman dan diminta hadir ke pejabat JAIM untuk tindakan lanjut,” katanya
menerusi video berdurasi 35 saat di media sosial TikTok rasminya.
Tegasnya, pemantauan akan terus dipertingkat dari semasa ke semasa, terutama di lokasi tumpuan ramai sekitar pusat pelancongan.
“Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa menjaga adab dan batas pergaulan terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah atau institut pengajian tinggi.
“Ibu bapa juga haruslah memantau aktiviti anak-anak supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini seperti lahirnya anak luar nikah dan perbuatan di luar batas agama Islam,” tegasnya. – MalaysiaGazette

















Assalamualaikum,Semoga Malaysia Gazzete membuat perubahan dalam menyiarkan berita terutama berkaitan dengan isu semasa.