KUALA LUMPUR – Jenazah Allahyarham Bung Moktar Radin dijangka dikebumikan di selepas solat Jumaat.
Jasad Allahyarham kemudian akan dikebumi di Tanah Perkuburan Kampung Likas, Kota Kinabalu, Sabah.
Dalam perkongsian di Facebook, seorang kakitangan Allahyarham berkata, orang ramai boleh menziarahi jenazah mulai jam 8 pagi hingga 9.30 pagi.
Kemudian pengurusan mandi jenazah akan dilakukan di Masjid Bandaraya pada 10 pagi, disusuli solat jenazah selepas solat Jumaat.
Allahyarham yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan dan Pengerusi Barisan Nasional Sabah meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada 1.46 pagi tadi. – MalaysiaGazette















