Anggota bomba mengeluarkan wanita maut selepas kereta dipandunya masuk sungai di Pusat Rekreasi Tanjung Agas, Tangkak, hari ini.

TANGKAK – Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan lalu terbabas masuk sungai di Pusat Rekreasi Tanjung Agas, di sini, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Pegawai Bomba Kanan I Jahairi Shukor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pukul 3.48 petang yang jaraknya 2 kilometer.

“Susulan itu seramai 10 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Nissan Grand Livina yang terbabas dalam sungai. Terdapat seorang wanita berusia 20-an terperangkap dalam kenderaan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, mangsa kemudian berjaya dikeluarkan pasukan bomba dan disahkan sudah meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang hadir di lokasi kejadian.

Tambah beliau, operasi mencari dan menyelamat tamat pukul 4.40 petang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast