KUANTAN – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis Penamatan Amaran Banjir di Negeri Pahang berkuatkuasa jam1 1 pagi tadi.
Ia susulan perubahan amaran cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada jam 4 petang semalam.
Berdasarkan pemantauan status stesen aras air mendapati aras air di Lembangan Sungai Kuantan dan Sungai Cherating menurun di bawah aras Bahaya.
”Sehubungan dengan itu, Jabatan Pengairan dan Saliran menamatkan amaran banjir yang telah dikeluarkan bagi kawasan yang dinyatakan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Maklumat dan amaran akan disalurkan kepada agensi pengurusan bencana, media dan orang awam melalui laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my dan Facebook @PublicInfoBanjir untuk maklumat lanjut. – MalaysiaGazette
















