Tunku Ismail terima mengadap Ismail membincangkan Hal agama dan perkembangan dunia di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail hari ini menerima mengadap Mufti Besar Zimbabwe, Dr. Ismail Musa Menk atau lebih dikenali sebagai Mufti Menk di sini.

Pertemuan baginda dengan tokoh utama dalam komuniti Islam Zimbabwe dan antarabangsa itu berlangsung selama kita-kira satu jam di Istana Pasir Pelangi dalam suasana santai dan harmoni.

Kedua-dua tokoh tersebut membincangkan mengenai topik agama, selain bertukar pandangan mengenai perkembangan-perkembangan terkini dunia.

Penceramah Islam antarabangsa itu yang terkenal dengan pendekatan sederhana dan mesej kebaikan, sering melawat serta memberi kuliah di seluruh dunia, termasuk Malaysia dan dinobatkan sebagai satu daripada 500 Muslim Paling Berpengaruh di dunia.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast