Gambar ihsan Bomba Pahang

KUANTAN – Lori treler terbabas ke laluan bertentangan menjadi punca kemalangan maut di Jalan Kuantan Bypass berhampiran Tempat Pelupusan Sampah Gebeng, di sini pagi tadi.

Dalam kemalangan itu, lori treler yang membawa muatan besi berkenaan telah bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dalam perjalanan dari Kuantan menuju ke Gebeng.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, kemalangan itu mengakibatkan lori treler tersebut terbalik dan mengalami kebakaran di bahagian kepala sebanyak 20 peratus sebelum kebakaran berjaya dipadam pihak bomba.

“Akibat pelanggaran itu, pemandu pacuan empat roda dikenali sebagai Celvin Lee Yee Siang, 20, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Manakala pemandu lori treler pula mengalami kecederaan di bahagian kaki dan kini dirawat di Zon Hijau Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan,” katanya dalam kenyataan.

Ashari memberitahu, hasil semakan polis mendapati pemandu lori treler tersebut mempunyai 13 saman atas pelbagai kesalahan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu dengan melulu atau membahayakan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp. Siti Nor Asiah Binti Ibrahim di talian 019-3916887 bagi membantu siasatan,” tambahnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Pemandu pacuan empat roda maut nahas dengan treler

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast