Gambar kemalangan ihsan Bomba Pahang

PEKAN – Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabit kemalangan dengan sebuah treler 50 tan dalam kejadian kira-kira jam 4.15 pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria memaklumkan, kemalangan itu berlaku di Jalan Bypass Gebeng di hadapan tempat pelupusan sampah, Jalan Gebeng-Jabor, di sini.

Beliau berkata, kemalangan itu mengakibatkan kira-kira 20 peratus daripada bahagian kepala lori berkenaan terbakar selepas ia terbalik.

“Pasukan bomba seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng membuat kerja-kerja pemadaman api.

“Lelaki yang tersepit dalam kenderaan pacuan empat roda berjaya dikeluarkan, namun disahkan meninggal duni di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Zulfadli berkata, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

Beliau memberitahu, pemandu lori treler terlibat bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast