Foto FB Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha.

KUALA LUMPUR – Pengurus skuad taekwondo negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha yakin barisan atletnya mampu melepasi sasaran dua pingat emas pada Sukan SEA Thailand 2025.

Angkasawan Negara itu berkata, Malaysia pada temasya kali ini menetapkan sasaran dua emas dan tiga gangsa namun optimis percaya kemampuan atlet negara mampu menghadirkan kejutan positif.

“Di atas kertas, sasaran adalah dua emas dan tiga gangsa tetapi secara peribadi saya yakin pasukan ini mampu meraih lebih daripada itu.

“Saya percaya akan ada kejutan, kita tunggu dan lihat,” katanya menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.

Skuad taekwondo negara dibarisi 15 atlet dan empat jurulatih dengan kira-kira 70 peratus adalah atlet muda yang dianggap memiliki potensi besar untuk menyinar di pentas antarabangsa.

“Setiap atlet mempunyai kekuatan tersendiri dan turun berjuang untuk mengharumkan nama negara. ”

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast