KUALA LUMPUR – Shout Out! 2026 bakal menjadi pertemuan industri yang menghimpunkan usahawan, pengasas jenama dan syarikat bagi mendapatkan panduan awal mengenai trend semasa, strategi dan perancangan kempen pengiklanan Ramadan dan Raya bagi 2026.
Kempen anjuran empat syarikat media terkemuka Malaysia itu NKMH Media, The A-List Malaysia, Mixology dan Astro itu bergabung menjayakan acara yang dianjurkan sebagai platform profesional untuk membolehkan perancangan awal dibuat dengan lebih strategik dan tepat.
Penganjur bersama berkata, ia selaras dengan perubahan trend semasa pengguna serta landskap media yang semakin kompetitif serta mengikut kesesuaian bajet dengan memberi pendedahan kepada usahawan mengenai perubahan pasaran serta trend media yang sedang membentuk strategi pemasaran moden menjelang musim perayaan.
Ia juga bertujuan membimbing jenama merangka kempen lebih awal agar mampu mengoptimumkan bajet, mengelakkan ‘kesesakan media’ dan meningkatkan keberkesanan komunikasi sepanjang musim perayaan paling penting dalam kalendar perniagaan di Malaysia.
“Kempen ini juga akan membantu pemilihan platform media yang tepat membantu usahawan menggabungkan platform secara menyeluruh antaranya televisyen, radio, digital, sosial media, pempengaruh, audio dan video dan mengikut sasaran audien dan tahap bajet masing-masing.
“Turut diadakan sesi menyampaikan wawasan daripada usahawan pakar-pakar daripada syarikat penganjur ini berkongsi kajian dan strategi terbukti yang telah berjaya menggerakkan kempen besar bersama klien mereka seperti Siti Khadijah, JV Auto Lube dan In Saff Travel & Tours,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut penganjur lagi, Shout Out! 2026 diwujudkan kerana kebanyakan jenama hanya mula merancang kempen pada saat akhir hingga menyebabkan peningkatan kos, persaingan sengit antara jenama lain dan pulangan yang kurang impak kerana kurangnya pendedahan perancangan kempen lebih awal dan strategik.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang program tersebut boleh menghubungi [email protected] atau talian +6019-982 8692. – MalaysiaGazette
















