Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Kerajaan tidak perlu tunduk dengan desakan parti DAP agar Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) diiktiraf sebagai sijil untuk kemasukan ke pusat pengajian tinggi di negara ini.

Ketua Satu Persatuan Penulis Johor (PPJ), Amiruddin Md Ali Hanafiah berkata, pengiktirafan UEC bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana tidak menggunakan bahasa kebangsaan.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Permuafakatan Penulis Malaysia (MPPM) berkata, pengiktirafan UEC juga akan menjadikan sistem pendidikan di negara ini diperlekeh kerana akan ada dua sistem pendidikan.

“UEC bertentangan Dasar Pendidikan Kebangsaan kerana akan wujud dua sistem berasingan.

“Persetujuan kerajaan terhadap UEC bermakna kerajaan tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan dan suara majoriti rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, UEC menggunakan sukatan pelajaran sendiri sekali gus tidak mengikut Akta Pendidikan 1996 yang mewajibkan satu sistem pendidikan kebangssan.

“UEC hanya untuk satu kaum sedangkan di Malaysia sistem pendidikan diasaskan dengan persetujuan pelbagai kaum,” katanya.

Baru-baru ini seorang pemimpin DAP mencadangkan supaya kerajaan mengiktiraf UEC. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast