KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak bekas Penglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), bekas Ketua Polis Negara dan Presiden Kelab Veteran Komando Malaysia berbahas secara terbuka mengenai Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART).

Ia susulan Jeneral (B) Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin, Tan Sri Razarudin Husain dan Md Shah Yassin baru-baru ini menegaskan perjanjian tersebut tidak menggadai kedaulatan negara.

“Wah!! Mantan-mantan berpendapat ART tidak gadai kedaulatan negara.

“Mari kita adakan perbahasan terbuka antara mantan-mantan supaya ditentukan Malaysia sudah digadai atau tidak,” katanya menerusi kenyataan ringkas, hari ini.

Semalam, dilaporkan ketiga-tiga tokoh keselamatan negara itu berkata ART tidak menjejaskan kedaulatan negara.

Ketiga-tiga mereka berkata demikian ketika hadir taklimat khusus Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) menandatangani ART pada 26 Oktober lalu semasa Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 berlangsung.

Menerusi pemeteraian berkenaan, kadar tarif purata terhadap negara diturunkan daripada 25 peratus kepada 19 peratus.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast