Allahyarham Bung Moktar Radin

KUALA LUMPUR – Arena politik Sabah kini dilanda duka ekoran kekosongan kuasa yang ketara selepas pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember lalu.

Pemergian allahyarham meninggalkan kelompongan dalam perkhidmatan di dua kerusi yang dipegangnya di Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini dijangka perlu mengumumkan Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Kinabatangan dan Lamag manakala UMNO di peringkat Persekutuan perlu melantik pengganti negeri dengan serta-merta.

Memandangkan kedua-dua kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag kini dikosongkan secara muktamad – PRK akan menjadi medan ujian bagi kekuatan UMNO Sabah – di kawasan tradisi ini tanpa kehadiran tokoh besar seperti Allahyarham Bung Moktar.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, masih dalam perbincangan untuk menentukan siapa akan diletakkan calon di dua-dua kerusi itu.

Pada masa ini, calon BN yang dijangka adalah anak allahyarham, Mohd Naim Kurniawan yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan.

Mohd Naim dilihat paling berpotensi dinamakan oleh BN untuk bertanding peringkat Parlimen.

Ada yang menyatakan wajar meletakkan Mohd Naim di kerusi Parlimen kerana ia akan menguatkan suara Sabah di Dewan Rakyat secara tidak langsung meneruskan kuasa keluarganya.

Mohd Nsaim, anak kepada Allahyarham Bung Moktar yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan.

Pencalonan beliau dilihat strategi terbaik untuk mengekalkan sokongan simpati dan memastikan hala tuju parti yang dibina oleh allahyarham tidak terganggu.

Bagi parti-parti lawan seperti Gagasan Rakyat Sabah (GRS) atau calon bebas, pastinya akan melihat PRK kali ini sebagai peluang keemasan untuk merampas kerusi berkenaan.

Begitu juga untuk DUN Lamag yang dilihat sebagai medan menguji akar umbi.

Potensi calon BN adalah dalam kalangan besar UMNO akan menamakan pemimpin bahagian yang setia kepada allahyarham yang boleh memanfaatkan jaringan dan hubungan yang telah dibina.

Kerusi DUN memerlukan calon yang sanggup melakukan kerja lapangan dengan segera dan intensif untuk memenangi hati pengundi dalam tempoh kempen yang singkat.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.