Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Melaka

MELAKA – Seorang pekerja sambilan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka hari ini selepas mengaku bersalah cuba melakukan zina dengan seorang perempuan yang bukan isterinya, tiga tahun lalu.

Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin menjatuhkan hukuman itu terhadap lelaki berusia 22 itu selepas meneliti keseluruhan fakta kes, rayuan tertuduh dan hujah pihak pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati telah melakukan perbuatan percubaan persetubuhan haram dengan seorang perempuan berusia 21 tahun yang bukan isterinya yang sah di sisi syarak.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Simpang Kampung Man Lok, dalam daerah Alor Gajah di sini kira-kira jam 9 pagi 18 Mac 2022.

Kesalahan di bawah Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 yang memperuntukkan kesalahan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara maksimum 36 bulan atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Pendakwa Syarie, Radzwan Abdullah memohon hukuma mohon hukuman berat demi kesedaran kepada tertduh dan menjaga maqasid syariah.

Hujahnya, persetubuhan haram adalah perlakuan dosa besar selepas syirik yang memberi kesan bukan sahaja di dunia bahkan akhirat.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu tidak dikenakan penjara dan hanya dikenakan denda dengan alasan tiada pekerjaan tetap, sudah bertaubat dan perlu menanggung tiga lagi adiknya.

Selepas mendengar rayuan tertuduh, Hakim Syarie Mohd Yunus mengarahkan tertuduh didenda RM5,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast