KUALA LUMPUR – Teka-teki siapa calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan kini terjawab.
Malam ini, anak kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Naim Kurniawan diumum sebagai calon BN dalam PRK yang akan berlangsung Januari nanti.
Pengumuman dibuat Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Makan Malam BN di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan berita itu dikongsi oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan di media sosialnya.

PRK Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag perlu diadakan susulan kematian Bung Moktar yang merupakan penyandangnya pada 5 Disember lepas di Kota Kinabalu, Sabah.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag, Sabah pada 24 Januari 2026.- MalaysiaGazette
















