KUALA LUMPUR – Aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza  sudah dipanggil polis untuk disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

“Polis dah panggil. Let’s dance!” katanya menerusi kapsyen di Instagram dengan memuat naik notis daripada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Berdasarkan notis yang dikongsinya, Fahmi disiasat mengikut kedua-dua peruntukan undang-undang tersebut.

Notis tersebut menyatakan beliau dipanggil hari ini dengan siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman.

Sebanyak 50 laporan polis dibuat terhadap aktivis itu berhubung hantarannya yang didakwa menghina Pemangku Sultan Johor dan institusi diraja Johor. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast