Wan Fauzuldin Wan Samad

KUANTAN – UMNO perlu mempertimbangkan kedudukan bersama Kerajaan Perpaduan berbanding jika ingin bertaut semula bersama  Muafakat Nasional (MN) seperti sebelum ini.

Ketua Cabang Keadilan Paya Besar, Wan Fauzuldin Wan Samad berkata, UMNO juga perlu memikirkan kedudukan bersama Kerajaan Perpaduan secara menyeluruh dan bukannya hanya melihat kekuatan UMNO di Melaka sahaja.

Ujarnya, keselesaan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh di Melaka tidak boleh dijadikan kayu ukuran di kawasan lain.

“Jangan ikut cakap Dr Akmal, dia cakap sedap sebab dia lihat untung rugi UMNO hanya di Melaka.

“Dia tidak peduli nasib UMNO di tempat lain seperti di Perak, Selangor, Negeri Sembilan atau Pulau Pinang.  Dr Akmal hanya fikir kepentingan dirinya dan UMNO di Melaka sahaja,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Oleh itu, UMNO tentu bijak untuk menilai baik buruknya kekal bersama Kerajaan madani.

Beliau turut mempersoalkan adakah berbaloi hanya kerana bergaduh antara Dr Akmal dengan seorang dua pemimpin kecil DAP maka UMNO sediakan liang lahad buat partinya?

“Aku tidak fikir kepimpinan UMNO sebodoh itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Malah katanya Pas tidak akan sewenang-wenangnya memberikan kerusi kepada UMNO berbanding DAP.

“Pas fokus kerusi majoriti melayu.  Bersatu fokus kerusi majoriti melayu.  Jika umno bersama mereka, apakah umno juga mahu kerusi majoriti melayu?

“Tiga joran kail memancing di kolam yang sama.  Siapa untung agak-agaknya?,” tanya beliau lagi.

Jelasnya kerusi yang telah dimenangi oleh Pas,  tentu Pas pertahankan.

“Nak harap Pas beri kerusi kepada UMNO?  Sorry beb.

“Jenis Pas ni, kerusi dia, dia akan pertahankan, kerusi orang kalau boleh dia nak sapu.

“Tidak seperti DAP. DAP boleh beri kerusi kepada UMNO seperti di Selangor.

Terdahulu Dr. Muhamad Akmal Saleh mengesyorkan supaya Muafakat Nasional, kerjasama UMNO dan Pas dihidupkan semula.

Usul itu dibuat selepas lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dikatakan menghantar akuan bersumpah (SD) kepada pihak istana kerana hilang kepercayaan kepada pimpinan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli daripada Pas.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast