KUALA LUMPUR – Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah diumumkan sebagai johan pertandingan REKA+ kali pertama melalui produk Superb Wudhu Spigot, melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang bernilai RM5,000.
Produk yang ditampilkan merupakan peralatan penjimatan air untuk berwuduk yang dapat membantu meminimumkan penggunaan air terawat di rumah ibadat atau
persendirian.
Penentuan pemenang dibuat setelah mengambil kira pelbagai aspek termasuk praktikaliti produk, sumbangan terhadap aspek penggunaan air secara berhemat serta kebolehpasaran produk sekiranya dikomersialkan.
Naib Johan REKA+ 2025 pula disandang oleh kumpulan pelajar daripada Tunku Abdul Rahman University of Mangement & Technology yang memperkenalkan produk Aqua
Guard.
Produk berkenaan berfungsi memantau trend penggunaan air dan memaklumkan melalui notis di telefon sekiranya berlaku kebocoran.
Selaku Naib Johan, mereka membawa pulang hadiah wang RM4,000.
Manakala tempat ketiga disandang oleh UniKL Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI) yang mempertaruhkan ciptaan yang diberi nama Injap Self-Closing berfungsi untuk menimatkan penggunaan air di dalam tandas kediaman.
Kumpulan pelajar ini membawa pulang hadiah wang bernilai RM3,000.
Sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi SPAN; Datuk Ir. Abdul
Kadir Mohd Din, FASc. serta Ketua Pegawai Eksekutif SPAN iaitu Datuk Ahmad Faizal Abdul Rahman.
Penganjuran kali pertama ini telah berjaya mengumpulkan sejumlah 42 penyertaan dengan 10 penyertaan telah berjaya ke peringkat saringan kedua dan tiga kumpulan telah diipilih untuk ke peringkat akhir. – MalaysiaGazette
















