Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah pesawat Malaysia Airlines Bhd. terpaksa membatalkan pelepasan akibat tayar meletup.

Katanya, insiden yang melibatkan pesawat Boeing 737 dengan nombor pendaftaran 9M-MXH jam 3.41 petang tadi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah.

“Semua penumpang dan anak kapal dilaporkan selamat dan telah turun dari pesawat,” menurut pihak berkuasa itu dalam satu hantaran di Facebook.

Sementara itu, Malaysia Airports memaklumkan bahawa landasan lapangan terbang itu dibuka semula pada jam 7.30 malam selepas menerima kelulusan keselamatan akhir daripada CAAM.

Pengendali lapangan terbang itu berkata operasi penerbangan di lapangan terbang berkenaan telah kembali beroperasi. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast