Pasukan bomba sedang melaksanakan operasi pemantauan di lokasi kejadian seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam sebuah rumah terkunci di Taman Lapangan Ria, Ipoh. Foto JBPM Perak

IPOH – Seorang lelaki berusia 40 tahun ditemukan meninggal dunia dalam sebuah rumah berkunci di Taman Lapangan Ria, dekat sini malam semalam.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan polis bagi khidmat membuka pintu di tempat kejadian pukul 9.16 malam.

Katanya, sejurus selepas itu sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Putih diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati pintu rumah telah dibuka oleh orang awam dengan kebenaran pihak polis.

“Pasukan bomba kemudian membuat pemantauan punca bahaya kebakaran di lokasi sebelum menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Shazlean berkata, operasi terkawal pukul 9.25 malam dan ia tamat sepenuhnya pukul 10.05 malam.

Operasi diketuai Pegawai Bomba (PB) Alif Najmi Mohd Arshad itu dibantu dua anggota bomba. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast