Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook bercakap kepada media pada sesi pembentangan laporan prestasi 2025 dan pelan 2026 Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) di Menara Prasarana, Ara Damansara. Foto MOHD ADZLAN, 07 JANUARI 2026.

PETALING JAYA – Curi kabel antara faktor yang menyebabkan berlakunya gangguan teknikal perkhidmatan tren yang berlaku di negara ini.

Selain itu, jelas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, gangguan sistem juga boleh berlaku akibat cuaca buruk terutaman hujan lebat.

Oleh itu, gangguan teknikal tidak hanya bergantung kepada satu faktor sahaja, katanya.

“Apabila berlaku kecurian kabel kesan kepada pengguna dan orang ramai tidak tahu punca sudah tentu menyalahkan operator tapi hakikatnya ada gangguan yang bukan disebabkan kegagalan penyelenggaraan.

“Tapi kecurian kabel akan memberi kesan signaling,” ujarnya pada sidang media Pembentangan Laporan Prestasi Prasarana 2025 dan Pelan 2026 di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Amir Hamdan.

Terdahulu, Anthony berkata, masyarakat perlu faham tren yang mengalami gangguan teknikal akan terhenti secara tiba-tiba kerana faktor keselamatan.

“Ada insiden yang sukar kita kawal. Kita tidak boleh tentukan bila gangguan (teknikal) berlaku. Sudah tentu kalau gangguan berlaku pada waktu puncak ramai yang terkesan,” ujarnya.

Sementara itu, katanya, meskipun jumlah gangguan perkhidmatan rel tahun lalu berkurang sehingga 31 berbanding 252 pada tiga tahun lalu namun beliau menegaskan ia perlu dikurangkan lagi demi kepuasan pengguna. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast