Motosikal digunakan suspek yang ditahan disyaki mengedar dadah.

ALOR GAJAH – Padah menjadi tokan dadah, bapa kepada dua anak bakal berdepan hukuman mati apabila diberkas polis
bersama heroin dan syabu  dalam satu operasi di Jalan Baharu Ayer Limau–Jeram, Masjid Tanah, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar berkata, suspek berusia 26 tahun yang sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori ditahan kira-kira 4.20 petang oleh anggota Balai Polis Masjid Tanah.

Ketika diperiksa pada suspek yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135, polis menemukan dadah dalam beberapa kuantiti untuk pasaran tempatan.

“Polis menemukan 23 paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin seberat 31.26 gram serta tujuh paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki syabu dengan anggaran berat 5.47 gram.

“Keseluruhan rampasan itu dianggarkan bernilai RM1,383.70 dan boleh digunakan oleh seramai 73 orang penagih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Abu Bakar

Menurutnya, siasatan mendapati suspek sebelum ini pernah bekerja sebagai pemandu lori dan baru kali pertama cuba menjadi tokan dadah.

“Walaupun ini kali pertama suspek dipercayai terlibat sebagai pengedar, semakan rekod lampau mendapati dia mempunyai empat rekod kesalahan dadah sejak 2016.

“Suspek dipercayai aktif sejak Oktober 2025 dan saringan awal ujian air kencing mendapati positif dadah jenis morphine sebelum direman selama enam hari bermula sehingga 10 Januari ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang daripada 15 sebatan.

“Siasatan akan diteruskan bagi mengesan rangkaian sindiket dadah yang masih bebas dan polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terlibat dalam pengedaran dadah.

“Orang ramai diminta terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah demi keselamatan komuniti menerusian talian hotline Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik 012-208 7222. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast