Gambar hiasan.

KUALA NERUS – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dikhuatiri lemas di Pantai Batu Rakit, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus Azmi Omar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.43 petang, sebelum menggerakkan 11 anggota ke lokasi kejadian.

“Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 6.30 petang tadi ketika kanak-kanak berkenaan sedang bermain di tepi pantai bersama ibu saudaranya. Mangsa yang ingin membasuh kaki di gigi air dihanyutkan ombak sebelum hilang dan dipercayai lemas di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Azmi berkata operasi mencari dan menyelamat segera dijalankan untuk mengesan mangsa.

“Anggota melaksanakan pencarian di permukaan air di sekitar pantai. Setakat ini operasi masih diteruskan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast