Lim Hui Ying.

KUALA LUMPUR – Pindaan undang-undang berkaitan kewarganegaraan automatik bagi anak yang lahir di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang disasarkan berkuat kuasa pertengahan tahun ini merupakan langkah penting ke arah keadilan dan pengiktirafan peranan ibu.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lim Hui Ying berkata, ia bukan sekadar soal perundangan, tetapi tentang memastikan hak anak-anak dilindungi dan suara para ibu dihormati.

“Semoga usaha ini membawa kelegaan, kepastian dan masa depan yang lebih terjamin untuk semua keluarga,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pelaksanaan pemberian kewarganegaraan automatik kepada anak yang lahir di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara, akan berkuat kuasa antara Jun atau Julai depan.

Menurutnya, ketetapan itu selaras dengan perancangan KDN selepas pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan diluluskan Parlimen tahun lalu. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast