Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan bahawa sebanyak 104 bahagian UMNO mengemukakan usul menuntut keadilan serta pengampunan penuh terhadap Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Perkara itu dimaklumkan dalam sidang media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 (PAU 2025) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Menurut beliau, usul berkaitan pengampunan tersebut merupakan antara usul paling banyak diterima, namun menegaskan bahawa kuasa pengampunan bukan terletak di bawah kerajaan, sebaliknya merupakan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast