Suasana orang ramai pada hari pertama pembukaan Restoran Rembayung ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 06 JANUARI 2026.

KUALA LUMPUR – Restoran baharu milik pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming iaitu Rembayung menerima kunjungan lebih 1,500 pelanggan selepas dibuka tiga hari berturut-turut menerima pelanggan sejak Selasa lalu.

Namun Khairul Aming, 33, menarik nafas lega kerana dapat menutup restorannya hari ini sambil menyifatkan bisnes makanan menuntut stamina dan kesabaran tinggi.

Kata anak kelahiran Kelantan itu lagi, Rembayung yang terletak di Kampung Baaru ditutup pada setiap hari Jumaat sebagai hari rehat untuk kakitangannya.

“Macam ini rupanya perasaan jadi pengantin. Selepas tiga hari bersanding dengan 1,500 tetamu, akhirnya hari ini kita rehat. Rembayung ditutup setiap hari Jumaat, esok kita buka balik,” tulisnya di hantaran Threads di sini hari ini.

Pengarah Urusan Restoran Rembayung, Khairul Amin Kamarulzaman beramah mesra bersama pelanggan pada hari pertama pembukaan Restoran Rembayung ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 06 JANUARI 2026.
Sehari sebelum beroperasi, Khairul Aming memberitahu, Rembayung mendapat 3,000 tempahan pelanggan pada sesi pertama slot dibuka.

Dia  bersyukur slot tempahan restoran pertama yang diusahakannya itu mendapat sambutan hangat pengikut hingga laman web Restoran Rembayung crashed akibat trafik terlalu tinggi.

Rembayung dibuka dengan pelaburan RM4 juta di atas tanah seluas 8,000 kaki persegi yang menandakan langkah baru Khairul Aming selepas 10 tahun dalam dunia digital.

Seramai 50 anak muda tempatan telah diambil bekerja tanpa mengetahui restoran itu milik Khairul Aming selain menarik perhatian peminat yang teruja dengan konsep makanan ala kampung. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast