Siti menyampaikan lebih 40 buah lagu menerusi empat segmen berbeza yang menceritakan perjalanan karier seninya selama tiga dekad.

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyumbang hasil jualan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza sebanyak RM1 juta kepada Yayasan Nurjiwa yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Pengumuman mengenai sumbangan itu dibuat menerusi sebuah video yang ditayangkan sebelum konsert bermula yang dihadiri kira-kira 65,000 peminat yang membanjiri stadium demi menonton persembahan penyanyi nombor satu negara itu.

Siti menyampaikan lebih 40 buah lagu menerusi empat segmen berbeza yang menceritakan perjalanan karier seninya selama tiga dekad.

Siti Nurhaliza turut berduet bersama empat penyanyi undangan iaitu Umairah, Hafiz Suip, Noh Salleh dan penyanyi dari Indonesia, Cakra Khan.

Antara lagu popular yang didendangkannya adalah Purnama Merindu, Bisikan Asmara, Jerat Percintaan, Wajah Kekasih, Percayalah, Balqis, Ya Maulai dan Nirmala.

Siti turut berduet bersama empat penyanyi undangan iaitu Umairah, Hafiz Suip, Noh Salleh dan penyanyi dari Indonesia, Cakra Khan.

Turut diundang untuk membuat persembahan dengannya ialah bintang kelahiran program Talk To My Manager, Auddra atau Oddah yang menjadi penari latarnya menerusi persembahan lagu Destinasi Cinta.

Siti turut meraikan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-47 di penghujung konsert yang jatuh pada tanggal 11 Januari. – MalaysiaGazette

Kali terakhir Siti Nurhaliza Tarudin mengadakan konsert solo di stadium terbesar negara itu adalah pada tahun 2004 menerusi Konsert Siti Nurhaliza Fantasia Tour.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast