Lokasi letupan kompresor penghawa dingin di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, semalam. Foto JPBM KL

KUALA LUMPUR – Tiga daripada sembilan mangsa yang cedera dalam insiden letupan kompresor penghawa dingin di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marus berkata, mangsa melibatkan seorang pelajar berusia 19 tahun dilaporkan tidak sedarkan diri akibat pendarahan dalam otak dan tengkorak retak.

“Mangsa kedua merupakan penyelia kontraktor berusia 54 tahun mengalami kecederaan akibat serpihan besi dalam badan dan luka kebakaran yang kini berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Manakala seorang lagi pekerja kantin berusia 22 tahun tidak alami kecederaan serius namun dalam keadaan pemantaun di Hospital Sungai Buloh bagi rawatan susulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, manakala enam lagi mangsa telah dibenarkan keluar dari hospital hari ini selepas menerima rawatan.

Terdahulu, seorang mangsa berusia 24 tahun disahkan meninggal dunia di HKL dan telah dibawa ke Pusat Peringatan Nirvana 2 di Jalan Dewan Bahsa bagi urusan penghormatan terakhir.

Fadil dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati dalam kejadian pukul 11.45 pagi itu letupan kompresor penghawa dingin berlaku di kawasan penyelenggaran yang berada bersebelahan kafeteria di tingkat empat bangunan universiti tersebut.

Katanya, kesemua mangsa telah dikejarkan ke beberapa hospital terdekat bagi mendapatkan rawatan lanjut, termasuk Pusat Perubatan Univeristi Malaya (PPUM), HKL dan Hospital Sungai Buloh. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast