KUALA LUMPUR – Pelakon, Siti Saleha, 36, selamat bersalin dan menimang cahaya mata sulungnya, semalam.

Menerusi hantaran di Instagram, selebriti itu mngumumkan nama anak lelakinya, Indra.

“Bayi kami akhirnya di sini. Hello, nama saya Indra,” tulisnya ringkas pada keterangan hantaran itu.

Oktober lalu, Saleha berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki.

Untuk rekod, Saleha mendirikan rumah tangga bersama pereka fesyen, Joshua Fittin, pada 15 Februari tahun lalu dalam majlis tertutup yang berlangsung di sebuah resort mewah di Janda Baik, Bentong, Pahang.

Kemudian pada Julai tahun lalu lalu, Saleha mengumumkan kehamilannya menerusi media sosial, sekali gus mencuri perhatian peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan kerjaya dan kehidupan peribadinya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast