UMNO Bahagian Jeli, Wan Mahussin Wan Zain menyampaikan perbahasan pada Persidangan Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MUHAIMIN MARWAN, 17 JANUARI 2026

KUALA LUMPUR – Rakyat Kelantan diseru memberi peluang kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk mentadbir negeri itu semula supaya dapat dibangunkan sama seperti negeri-negeri lain.

Perwakilan Kelantan, Wan Mahussin Wan Zain berkata, rakyat Kelantan perlu berhenti berdolak-dalik dan membuang rasa ego serta sikap sombong kononnya menolak pembangunan.

Sedangkan, dalam masa sama, tambahnya, kebanyakan rakyat Kelantan berhijrah ke negeri-negeri lain untuk mencari rezeki dan menikmati pembangunan yang lebih baik berbanding di negeri sendiri.

“Kita (rakyat Kelantan) tak boleh ego kononnya kita tidak mahu bekalan air yang bersih, sedangkan kita berduyun-duyun ke negeri lain untuk mencari air yang bersih.

“Jadi saya harap rakyat Kelantan dapat membuat perubahan, berilah kepada UMNO sekali lagi untuk kami ulangi kejayaan selama 12 tahun sebelum ini ketika menjadi kerajaan negeri.

“Apa yang ada di Kelantan ketika ini adalah hasil sentuhan UMNO dan BN yang tidak boleh dinafikan,” katanya dalam perbahasan ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), di sini hari ini.

Sementara itu, Wan Mahusin yang Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli berkata, UMNO dan BN Kelantan kekal optimis mampu menyumbang kerusi Parlimen supaya parti tersebut mampu menjadi kerajaan Pusat, meskipun sukar membentuk kerajaan negeri.

Jelasnya, ia berdasarkan sokongan seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang menyaksikan parti itu mampu merampas semula kerusi daripada pembangkang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Memalukan ramai rakyat Kelantan yang hanya undi Pas tetapi selepas PRU balik ke negeri yang maju cth. KL.
    Undi kerana mahu Islam Pas tetapi tanpa sefar bahawa Pas hanya parti politik bertopengkan Agma Islam sedangkan peminpin Pas terlibat juga dengan kemungkaran yang bersubahat ialah pengundi2 yang pangkah PAS.
    Malang bagi penduduk Kelantan yang tetap tinggal disana akibat kerosakan peminpin Pas serta pengundi luar yang balik mengundi 5 tahun sekali.
    JBP = janji bukan Pas

Comments are closed.