KUALA LUMPUR- Seorang lelaki tempatan ditahan selepas tular video yang memapakarkan seorang kanak-kanak pukul dengan menggunakan rotan dan dibaling dengan kerusi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada jam 1.21 petang, semalam.
Susulan itu, tangkapan dibuat ke atas seorang lelaki berusia 38 tahun yang juga bapa saudara mangsa.
Shamsudin berkata, kejadian berpunca apabila mangsa yang berusia antara 8 hingga 11 tahun melawan ibu suspek semasa berada di lokasi sama.
Polis turut merampas beberapa barang kes untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1), Akta Kanak-Kanak 2001 dan permohonan reman kan dibuat di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini. – MalaysiaGazette
















