Marc Guehi. Foto IG MUFC.

LONDON – Bek kental England, Marc Guehi akhirnya menjadi milik Manchester City dari Crystal Palace dengan kontrak selama lima setengah tahun, umum kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

City mendapatkan Guehi dalam perpindahan yang dilaporkan bernilai £20 juta (RM108.8 juta) selepas menghadapi krisis kecederaan serius di posisi pertahanan tengah.

“Saya sangat gembira dan amat bangga menjadi pemain Manchester City dan perpindahan ini terasa seperti kemuncak segala usaha keras yang telah saya lakukan sepanjang kerjaya.

“Saya mahu berkembang sebagai pemain dan sebagai individu, dan saya tahu di kelab ini ia akan menjadi kenyataan,” kata pemain pertahanan tengah berusia 25 tahun dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh City.

Guehi yang hampir menyertai Liverpool pada hari terakhir jendela perpindahan September lalu menjadi rekrut kedua City pada jendela perpindahan Januari ini selepas mereka mendapatkan pemain sayap Antoine Semenyo dari Bournemouth minggu lalu dengan nilai sekitar £65 juta (RM353 juta).

Pemain itu mengetuai Palace menjuarai Piala FA pada Mei lalu menewaskan City – trofi utama pertama dalam sejarah kelab London selatan itu – selain sudah mengumpul 26 penampilan bersama England.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast