Mayat lelaki ditemui di Ladang Karmen, Mengkarak, Bera, pagi tadi.

BERA – Polis dalam proses mengenalpasti identiti mayat seorang lelaki yang hampir reput ditemukan orang awam di kawasan Ladang Karmen, Mengkarak, di sini kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, siasatan awal di lokasi kejadian tidak menjumpai sebarang keterangan yang menjurus kepada perlakuan jenayah.

Zulkiflee berkata, mayat terbabit telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HosHAS) Temerloh untuk dibedah siasat.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau memohon kerjasama orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini atau kehilangan ahli keluarga tampil membantu siasatan,” katanya lagi – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast