Tangkap layar klip video aksi 'superman' yang tular di aplikasi 'whatsapp'

KUANTAN – Padah melakukan aksi menunggang motosikal secara merbahaya, seorang lelaki ditahan polis selepas video aksinya  tular menerusi perkongsian semula di aplikasi WhatsApp.

Klip video berdurasi 17 saat itu memaparkan beberapa penunggang motosikal dengan salah seorang daripadanya melakukan aksi ‘Superman’ ketika sedang bergerak laju di lorong kanan jalan.

Sumber : IPD Kuantan

Kejadian dipercayai berlaku di Jalan Kuantan Bypass sekitar Bukit Rangin di sini pada kira-kira pukul 5 pagi pada 18 Januari lepas.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, pihaknya mengenalpasti pemilik motosikal terlibat dalam klip video itu, namun diberitahu motosikal itu dipinjam rakannya ketika kejadian.

“Pemilik motosikal kemudian memanggil rakannya itu ke Balai Polis Trafik Kuantan di mana pemuda berusia 20 tahun itu telah mengakui secara lisan bahawa video yang tular itu adalah dirinya yang sedang melakukan aksi di Jalan Kuantan Bypass,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu, beliau berkata, lelaki tersebut ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast