Dr. Azman Ibrahim

KUALA LUMPUR – Isu ladang ternakan babi tidak boleh dialih dengan mengaitkannya dengan isu rasuah, memandangkan jenayah rasuah merupakan masalah semua kaum.

Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Kelestarian Alam Pas Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, rasuah adalah masalah besar bagi negara dan menjadi masalah kepada mana-mana kaum, bukan isu `perasuah itu makan apa’.

Ujarnya, apabila ada kaum tertentu dikaitkan dengan pemberi dan pemberi rasuah paling ramai adalah kerana faktor sektor perkhidmatan awam paling ramai didominasi hanya satu kaum.

Namun, jelas beliau, ia tidak menafikan hakikat bahawa terdapat kaum-kaum lain turut terlibat dalam perlakuan rasuah.

Tambahnya, dalam isu ternakan babi, masalah utama yang dibangkitkan adalah soal pencemaran bau; air; persekitaran dan pelbagai lagi isu alam sekitar lain.

Kawasan yang menjadi mangsa pula, dakwanya, adalah persekitaran yang didiami oleh mereka yang bukan pemakan babi.

“Ini bukan teori tapi realiti. Contohnya, bagaimana orang Melayu Tasik Gelugor Pulau Pinang terpaksa menghidu udara berperisa babi bawaan dari Ladang Ternakan di Kampung Selamat sejak lebih empat dekad yang lalu.

“Soal awak nak makan babi, berapa kali sehari nak makan, nak masak babi resepi apa dan nak hidang macam mana, itu terpulanglah kepada mereka dan keluarga mereka,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin menggesa rakyat Malaysia menghormati pilihan makanan setiap kaum dan menghentikan penghinaan terhadap pemakan daging babi.

Beliau menegaskan komuniti Dayak tidak pernah mencela makanan orang lain, malah menyatakan pemakan babi tidak semestinya terlibat dengan rasuah atau dadah serta membandingkan bau babi dengan budu dan belacan.

Sementara itu, Azman berkata, orang Melayu dan umat Islam berasa tidak dihormati apabila ladang penternakan babi beroperasi di kawasan majoriti bukan pemakan babi.

Apatah lagi, ujarnya, tiada siapa boleh menafikan bahawa bau dan pencemaran dari ladang babi sangat menjijikan dan memualkan.

“Kenapa mesti orang Melayu Islam yang menjadi mangsa?” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Bodoh ahli politik Sarawak ni .. yg jd isu ialah lokasi ternakan babi dan isu alam sekitar seperti pencemaran bau dan najis babi.. yg dia plak duk sibuk ialah isu makan babi? Ko nak makan berapa banyak babi ko punya pasal laa.. tak da siapa pun peduli.. dan org yg rasuah pun bukan sebab dia tak makan babi.. tak de kaitan langsung.. mcm ni punya bodoh pun blh jd YB … memanglah YB Bodoh diundi oleh pengundi yg bodoh

  2. Sudah banyak kali akibat tidak baik terjadi kepada penternak dan pemakan babi juga kesan kepada alam sekitar yang sangat buruk.
    Lebih baik import dan makan, ternak haiwan lain boleh untung juga.

  3. puncak borneo cakap tanpa fukir dan kaji dulu…cuba kamu pergi duduk dekat kumbahan ladang babi dan kilang budu….hidung kamu tak boleh tahan@muntah dgn yang mana satu?

  4. yang pentingnya tak payah ada ladang babi fi Selangor. kalau di Kedah Kelantan Sabah dan Sarawak boleh sebab ada bsnyak kswasan yang boleh dijadikan pusst ternaksn babi. orang cina selangor dah kurang makan babi sebab geli nak makan. bagi mereka yang dan fikiran moden babi tu kotor. yang masih makan babi ni cina bergikiran kampungan dan tak dapat pendidikan kesihatan. boleh jual tapi tak perlu nak bela pun.

Comments are closed.