Gambar : IPD Maran

KUANTAN – Seorang lelaki maut akibat cedera parah di kepala selepas terlanggar seekor lembu di Jalan Felda Jengka 12, Maran kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, ketika kejadian, mangsa yang tinggal Temerloh dalam perjalanan dari arah Bandar Pusat Jengka menghala ke Jengka 12.

“Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa telah melanggar seekor lembu yang berada di tengah jalan seterusnya jatuh di bahu kanan jalan.

“Berikutan kemalangan tersebut, mangsa mengalami cedera bahagian kepala dan seterusnya telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Wong, kes itu disiasat dan diklasifikasikan di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast