Tangkap layar rakaman dashcam kemalangan babitkan Perodua Axia memotong secara melulu di LPT, Maran.

KUANTAN – Polis sedang mengesan pemandu sebuah Perodua Axia berwarna putih yang terlibat kemalangan dengan sebuah Proton X70 dalam kejadian di kilometer 155.7 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Maran semalam.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, pihaknya hanya menerima laporan dibuat pemandu Proton X70 di Balai Polis Kampung Awah.

“Pegawai penyiasat kini sedang mengesan pemandu atau pemilik kereta Perodua Axia bagi membantu siasatan berkenaan kejadian itu,” katanya ringkas ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Terdahulu, sebuah klip video rakaman papan pemuka kenderaan (dashcam) berdurasi 28 saat tular di laman media sosial memaparkan pemandu Perodua Axia yang memandu di bahagian kiri jalan telah memintas kenderaan di hadapannya secara melulu.

Tindakannya itu mengakibatkan pemandu sebuah Proton X70 yang sedang memandu di lorong kanan jalan sama tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian belakang kereta terbabit. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast