KUALA LUMPUR – Tiga penjaja warga asing antara yang dikenakan tindakan selain penyitaan lima aktiviti perniagaan tanpa lesen dalam tindakan khas aktiviti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sekitar Danau Kota dan Desa Setapak kelmarin.
Penguatkuasaan dibuat di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.
“Menerusi aduan yang diterima berkaitan aktiviti penjajaan makanan, minuman dan aiskrim dari warga negara asing serta penjaja tanpa lesen yang beroperasi di laluan masuk, siar kaki, atas jalan ke kawasan sekolah rendah dan sekolah menengah sekitar Parlimen Wangsa Maju, pemerhatian dan siasatan telah dijalankan oleh petugas DBKL,” katanya menerusi kenyataan.
Katanya, antara barangan yang disita adalah pelbagai makanan ringan, air kotak, meja dan motosikal.
Ujar DBKL, semua barang sitaan dipindahkan ke Stor Sitaan DBKL untuk rekod dan dokumentasi.
Sementara itu, DBKL menyeru orang awam membuat aduan konsisten kepada pihak berkenaan bagi memastikan tiada perniagaan melanggar undang-undang di sekitar ibu kota.
“DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa. Sebarang aduan atau maklumbalas, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan tertera seperti berikut,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

















Terima kasih DBKL..aktiviti ini adalah warisan dan budaya yg diamalkan oleh kebanyakkan pendatang asing sebagai warisan semula jadi mereka yg dibawa kemana mana negara yg mereka pergi. BUDAYA TURUN TEMURUN.