Gambar Logo Tabung Haji

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menafikan dakwaan yang tular di dalam media sosial kononnya terdapat kira-kira 10,000 kekosongan rayuan menunaikan ibadah haji bagi musim haji 2026.

Tabung Haji dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, ketika ini, keseluruhan kuota jemaah haji negara ini telah dipenuhi dan berada dalam fasa terakhir proses tawaran haji yang dilaksanakan mengikut prosedur dan kriteria yang ditetapkan.

Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

“Maklumat rasmi berkaitan urusan haji hanya akan dikeluarkan melalui saluran rasmi TH sahaja,” katanya.

Terdahulu, tular di dalam media sosial kononnya masih terdapat kekosongan sehingga 10,000 kuota bagi jemaah haji dari negara ini tahun ini sekali gus mengundang pertanyaan daripada pelbagai pihak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast