Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus

KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan seorang pelakon lelaki Ketika menjadi mangsa perbuatan luar tabii semasa kanak-kanak.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus yang mengesahkan perkara itu berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu oleh seorang lelaki Melayu berusia 35 tahun pada pukul 6.11 petang semalam.

“Kes ini masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, media baru-baru ini melaporkan pelakon lelaki dikenali sebagai Alqal Sahar mendedahkan pernah menjadi mangsa amang seksual.

Pendedahan itu disuarakannya menerusi akaun Threadsnya, baru-baru ini.

Katanya, ia berlaku ketika masih kanak-kanak.

Katanya, ia melibatkan individu yang lebih berusia dan mempunyai kedudukan yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast