Tom Crusie

GENEVA – Bintang Hollywood, Tom Cruise dilaporkan telah berpindah keluar dari kediaman mewahnya di London susulan kebimbangan mengenai keselamatan yang semakin meningkat, lapor Anadolu Ajansi.

The Daily Express melaporkan pada Isnin bahawa pelakon berusia 63 tahun itu memutuskan untuk meninggalkan kawasan Knightsbridge berikutan kejadian rompakan ganas pada waktu siang di Bucherer Rolex Boutique yang terletak berhampiran.

Dalam kejadian itu, sekumpulan geng motosikal dilaporkan tiba dan menggunakan parang untuk menghalang kakitangan keselamatan, selain memecahkan kaca kalis pecah menggunakan tukul dan peralatan khas. Kira-kira 20 jam tangan mewah dicuri dalam serbuan yang hanya mengambil masa tiga minit sebelum suspek melarikan diri.

Sumber yang dipetik oleh Daily Express berkata insiden itu mengukuhkan kepercayaan Cruise bahawa keselamatan di kawasan tersebut telah merosot dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Laporan itu menambah bahawa kakitangan dilihat mengeluarkan kotak dari kediaman tersebut sejurus selepas pemergian mendadak pelakon itu.

Knightsbridge dan kawasan berdekatan, Belgravia, sering berhadapan dengan masalah jenayah berkaitan motosikal (moped). Data Polis Metropolitan menunjukkan sebanyak 295 jenayah direkodkan di Knightsbridge dan Belgravia pada November 2025. – BERNAMA-ANADOLU

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast