Ghazali menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil Kelab Media Mutiara Pulau Pinang, Danial Saad pada Majlis Pembukaan Latihan APM Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN – Lonjakan kes tangkapan ular yang mencecah kira-kira 140,000 kes di seluruh negara sepanjang tahun lalu meletakkan operasi berkaitan reptilia itu bukan isu kecil dikendalikan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Ghazali Abd Rahman berkata, secara purata setiap negeri merekodkan antara 8,000 hingga 10,000 kes setahun dengan Selangor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur antara negeri yang mencatat jumlah tertinggi.

Katanya, antara spesies yang kerap ditemui ialah ular sawa, tedung selar dan lain-lain yang sering memasuki kawasan perumahan teres apabila habitat semula jadi mereka terganggu.

“Di Pulau Pinang, kita merekodkan 8,193 kes tangkapan ular sepanjang tahun lalu dan diikuti dengan Januari lepas sebanyak 669 ekor berjaya ditangkap sekali gus secara purata bersamaan purata 20 hingga 22 ular setiap hari.

Kawasan perumahan teres berhampiran hutan menjadi lokasi tumpuan aduan kerana ular mudah mencari perlindungan di taman rumah.

“Selain itu, gangguan habitat di kawasan Seberang Perai Utara (SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) di negeri ini juga menyumbang kepada lonjakan kes,” katanya selepas merasmikan Majlis Perbarisan Pembukaan APM Pulau Pinang 2026 di pejabat APM negeri di sini hari ini.

Ghazali.

Hadir sama yang Pengarah APM Pulau Pinang, Lokman Hakim.

Mengulas lanjut, Ghazali berkata, walaupun angka kes tinggi, jumlah anggota cedera kekal rendahdengan sebahagian besar kecederaan berlaku semasa pemindahan ular, bukan ketika menangkapnya.

“Dalam semua kes ini, jumlah anggota yang cedera tidak sampai 10 orang dan kebanyakannya berlaku semasa proses pemindahan, bukan ketika menangkap ular.

“APM akan memperkemaskan prosedur operasi standard (SOP) dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan anggota dalam mengendalikan semua kes,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast